Rabu, 25 November 2009

Tempahan sahabat yg telah siap (Hulu Perak Bunga Gatang dan bersama pendokok antik)





pada mula sahabat ini ingin menempah hulu yg berukir tapi malangnya hulu yg hendak diukir telah hilang semasa dalam proses pengukiran akibat tukang ukir meninggalkan hulu itu untuk sarapan petang. apabila beliau datang kembali utk menyambung kerja pengukiran, hulu itu telah tiada. jadi saya telah berbincang dgn sahabat ini dan beliau telah memutuskan utk buat hulu perak.

Rabu, 4 November 2009

Penantian Sahabat telah Berakhir (Burung Cenderawasih)




setelah lama bertanya khabar tentang burung cederawasih utk memilikinya akhirnya telah pun tercapai. begitu susah mendapatkan burung ini sehinggakan saya meronda setiap masa dan bertanya khabar kepada kawan-kawan disini, begitu juga dengan sahabat yang meminta burung ini. setiap masa menelefon dan sms kepada saya bertanya tentang burung ini, setelah beliau mendapat burung ini begitu puas di hatinya. saya amat bersyukur kerana dapat memenuhi hajat sahabat yg telah lama mengidam untuk menjadi koleksinya.